Wednesday, June 15, 2011

Penyamun oh penyamun


dah nama nye pun penyamun, pencuri pengebas. mereka semua penjenayah.
hari selasa lepas, kitorang balik rumah kejap time lunch untuk bagi makan makhluk berbulu belaan kami, memandangkan tuntutan kerja, kami memang tak tinggal kt rumah sendiri tapi memilih untuk tinggal di kuarters yang disediakan sebab tempat kerja kami agak jauh dengan rumah untuk berulang alik.

sampai je depan pagar, dah rasa semacam sebab pagar xrapat. muat untuk sorang keluar/masuk. lepas tu hubby turun, bukak pintu - alangkah terkezut nya! pintu TAK BERKUNCI! dia dah mula jeling bini dia (yeah right because I always forgot to lock the door). dah tambah pelik kat situ. lepas dia masuk je dalam, belum sempat I ikut dia dah keluar balik, ckp RUMAH KITA KENA PECAH MASUK! habis barang bersepah. satu je yang terlintas di fikiran masa tu, mesti TV dah tak ade. sbb rumah kami memang takder benda berharga lain2 mcm jewelleries - coz I am not into gold stuff. and of course la mane nak cekau cash dekat rumah yang orang tak tinggal, kan? bodo betul pencuri tu. itu pun tak bleh pikir!

okey, kalau lah ade barang berharga pun kan, ko amek je lah yang mane ko nak. tak perlu kot SEPAHKAN rumah orang! haiisssyyyhhh!! Geram betul. habis satu almari pakaian dikeluarkan & dia lambakkan atas katil! CELAKA to the mAXX wa cakap lu penyamun nih!

habis dia geledah almari solek.

Pakaian yang dia lambakkan. mak aiii..kapal pecah wooo!

ni je lah benda yang bernilai. paling tidak seribu bolehla senang-senang. tapi dia tinggalkan. pelik? pencuri ni memang tak minat ngan brg elektrik kot, sbb komputer, printer, TV and etc tak diusik pun. @ BUTA IT kot?

korang pernah makan herba maharani tak? ni lah packaging herba maharani ni. memang cantik packaging dia sbb tu pencuri tu cari dlm ni. ha ha. nek tergelak pun ade. kesian pun ade. bodo sangat si pencuri ni. pernah masuk sekolah ke tak

ade beberpa tempat tak logik yang dia geledah mcm bekas bawang kt dapur, kabinet makanan, bilik air(?!), --> gmbar di atas menunjukkan dia tonggengkan ashtray!! oi bahalul, ade ke orang simpan cincin mas dlm bekas habuk rokok? ke ko saje nak sakitkan hati aku? dengki tengok lantai aku licin?

last-last yang dijumpai hilang adalah kamera zaman jepun ni. videocam ni dahla rosak, kalau tak rosak pun dah tak boleh guna sebab nak cari recording tape dia kat kelantan ni punya lah susah wooo. hari tu kami tanya kat kedai cina tua, sekeping tape tu harga RM80! sekarang kan semua benda dah digital. pendek kata, banyak2 benda lain yang dia boleh hambik, dia hambik yang takder nilai ni? aduiiii yaiiiiii bodo yang amat lah pencuri ni,. seriously, memang bengap, bahalol, bebal, dan yang sewaktu dengannya.

itulah, kalau dah namanya pun pencuri mane ader yang pandai. mesti yang kantoi zaman sekolah. membaca tak reti, menilai barang pun tak reti. dah tambah pulak biasa makan yang haram, hati gelap lah.

kitorang bersyukur sangat tak de harta benda yang hilang. inilah untung jadi orang tak berharta. kerosakan pun sangat minima, dia cungkil tingkap kemudian keluar ikut pintu. nasib baik lah pencui ni masuk time kitorang takde kat rumah. kalau tak bahaya nyawa lagi.

yang paling risau, rumah kitorang memang tak dipasang gril lagi. rumah ni agak besau dengan tingkap & pintu semua arwah papa custom sized kan jadi kos nya pun agak besau la untuk tempah grill custom sized. tapi apa2 pun kitorang tengah working on it! sebab lepas bersalin nanti saya akan tinggal di rumah ni sorang2 dengan baby sementara daddy pegi keja. takut woooo, dah la jiran2 sini masing2 buat hal masing2 jer. kecuali jiran sebelah kanan, diorang memang baik tapi siang hari nye kawasan ni memang kosong giler sebab semua orang kuar kerja.

ataupun, another options yang lagi murah -> bela anjing. tapi tak murah jugak coz rumah rapat2 so kita kena buat pagar solid tinggi yang menelan belanja riban-riban jugak la. kalau tak, kesian dengan jiran kita yang baik ni...anak2 dia mudah kena asma. selalu kucing kita bagi penyakit kat depa. apatah lagi anjing. dahla anjing boleh lompat setakat pagar sekarang yang rendah ni. lagipun takut tak selesa org melayu hidup berjiran dengan pembela anjing. padahal diorang pun boleh tumpang alert

actually sebagai prevention kecil-kecilan, kami dah bela beberapa ekor angsa yang akan membuat bising yang amat kalau ada orang masuk kawasan dia. tp angsa cuma buat bunyi jer, dia akan lari kalau di kejar. tak macam anjing ;anjing akan salak & serang. anjing kenal tuan, dia xsalak kalau tuan dia balik tapi angsa asal ada bayang manusia jer memang dia akan buat bunyi. so susah orang nak bezakan bila bahaya bila tak. kalau jiran2 dengar angsa berbunyi diorang akan fikir tuan dia balik kot. tapi anjing tak salak kat tuan dia, anjing salak kat orang tak kenal aje. yang memang jelas menandakan sesuatu bahaya @ ancaman. suara salakan dia pun lain bila anjing nk bgtau kita sesuatu ancaman, salakan tu akan berserta dengan deraman. dan dia akan cari tempat paling dekat dengan tuan dia berada untuk bgtau, contohnya tingkap bilik sambil berlari-lari keresahan. bila kita keluar, dia akan berlari ke arah bahaya tu sambil menyalak. kalau tuan tak keluar jugak, atau tuan tak ade, anjing akan serang sendiri stranger tu dan satu fakta tentang anjing ; bila dia dah memulakan serangan, dia xkan berhenti atau lari sampai salah satu pihak mati. xkira lah saiz anjing tu kecik atau besar. protective instinct diorang memang tinggi sampai sanggup korbankan nyawa.

hmm..entahlah, semua tu under consideration. harap2 xkan ade pecah rumah kedua sebab kitorang akan bertolak ke Terengganu tengah harini. ada competition. mintak nenek Mama pegi tido umah tu dua-tiga hari. semoga tak de ape2 yang buruk berlaku...amin.





2 comments:

  1. Ya Allah arn!!mcm tu skali ke dieorng geledah..nasibla die xamik tv tuuu!!adoii!

    ReplyDelete
  2. tu lah yun...heran gak kite ngan pencuri ni. bodo kan?

    ReplyDelete