Saturday, June 11, 2011

guidelines for people who wants to try out horse riding

1 - Few things to be considered when you decide to try out "Leisure Ride" @ "Pony Ride" - one of the services offered in tourist attraction places.

Pastikan orang yang bertauliah mengendalikan kuda
  • kalau nak cuba pony ride, pastikan yang kuda tu dalam keadaan tenang dan pengendali terdiri daripada orang dewasa (bukan budak kecil), walaupun saiz kuda tu kecil. so, syarat pertama ; only trust adult to work with horses (and your life!). kalau tengok budak2 yang handle kuda tu, tolong jangan teruskan niat anda untuk mencuba 'pony ride' tu. bahaya oohh! nak reason? rasanya xperlu kot. cuba bayangkan ada ke orang dewasa nak naik kereta yang budak kecik pandu? itu baru kereta, mesin yang kita cipta. inikan pulak kuda, makhluk yang ada perasaan dan fikiran sendiri. ko ingat main2 ke nak handle kuda wehh?
Pakaian & kelengkapan yang sesuai.
  • pengendali kuda yang bertauliah akan berpakaian kemas dan berdisiplin ; baju masuk dalam, seluar panjang & berkasut. kalau ada yang konon nya bergaya cowboy, tak pakai baju, seluar pendek berkaki ayam & selipar jepun sila jauhi diri anda. sebab ketiak dia busuk. bukan, sebab nampak sangat mereka ni tak ada disiplin. pastu tengok equipments yang depa pasang dekat kuda tu. okey mungkin anda tak tahu menatang ape yang diapsang di muka dan di badan kuda tu, bukanlah I suruh uolls buat research plak. tapi sekurang-kurangnya guna nikmat mata dua bijik hangpa tu, tengok dan nilai barang2 yang digunakan tu masih layak diguna pakai atau dah patut campak ke lombong? tak kan tak boleh bezakan equipments yang buruk, uzur & dying dengan yang baru, selamat, suci lagi halal. okey. off topic. baru tu bukan makna nya berkilau-kilau macam M.Daud Kilau, tp at least bukan yang dah di modified, altered, & fixed by amateurs. nak tahu barang yang kita baiki sendiri macamana? biasanya berlapis2 tape di tampal di tempat kejadian - ini biasanya untuk equipments yang dah putus @ hampir putus. ikat dengan tali rafia - mungkin buckle rosak, so ganti dengan tali. Horse's equipments are made from heavy duty material to cater heavy duty terrain. so imagine how the effects will be if we use regular stuff?? kendian - sebelum bayar untuk menunggang tu tanya dulu ; ada sediakan helmet tak untuk penunggang? kalau ada - cuba dulu. kalau helmet tu fit dengan kepala anda, beresss. tapi kalau helmet yang dia sediakan tu tak muat ataupun memang TAK DISEDIAKAN langsung, sila btalkan niat anda untuk beriadah kerana ianya tak selamat cik kak oiii!!.
  • kemudian tanya dia berapa orang nak escort kita naik kuda ni? untuk pony ride yang proper, sepatutnya dua orang diperlukan untuk mengawasi penunggang & kuda sepanjang perjalanan. sorang di hadapan untuk lead kuda(macam drebar la), dan sorang lagi di tengah untuk jaga penunggang. kalau drebar sorang aje mane sempat nak bertindak kalau ada apa2 sebab kedudukan dia agak jauh daripada penunggang, dan dia tak boleh sewenangnya melepaskan tali untuk control kuda tu. sebab tu konduktor diperlukan, untuk jaga penunggang in case kuda terkejut @ lari tanpa warning. terutama kalau penunggang tu kanak-kanak ribena, konduktor dibolehkan untuk meletakkan tangan di belakang 'saddle' ataupun pelana sebagai langkah keselamatan dan untuk memberi keselesaan kepada penunggang cilik tu. tapi kalau penunggang tu dah baligh, I mean dah cukup besar, pengendali tak perlu letak tangan kat belakang sebab tahap orang dewasa bertindak terhadap bahaya lebih cepat daripada kanak-kanak. kalau dia letak jugak tangan kat belakang tu namanya gatal. sila hempuk kuat2 dengan kasut. dan kedua-dua pengendali tu mesti berada di sebelah yang sama. kalau kanan, dua-dua harus berada di sebelah kanan dan begitulah sebaliknya. tak boleh sangat-sangat sorang kiri, sorang kanan. sebab nanti masing2 nak selamatkan diri sendiri je, mesti saling menolak kuda tu ke arah bertentangan. mangsanya ; orang diatas.
Peringatan untuk penunggang
  • peringatan akhir ini khusus untuk penunggang. sila dekati kuda dengan perlahan dan lemah lembut. sewaktu memanjat kuda (mounting), jaga keadaan kaki jangan sampai tersentuh mana2 bahagian belakang kuda sebab kuda boleh terkejut dengan sentuhan itu yang mungkin disalah tafsirkan sebagai tendangan iaitu isyarat untuk beliau memulakan perjalanan. Jadi sila sedia untuk kangkang luas2 masa memanjat & masa nak turun.
  • Paling penting ; untuk penunggang wanita aje kot ; sila jaga ton suara anda, jangan sampai pitching lari - eh bukan, I mean, jangan menjerit semasa berada sekitar kuda. nanti beliau si kuda itu terkejut dengan kemerduan suara anda. and we never know how will horse react when they are in shock. lagi satu, jangan buat any sudden death - I mean sudden movements semasa anda berada di sekitar kuda. beliau si kuda tu sangat tak suka orang mengejutkan beliau. walau apa jua cara. dan jangan ingat bila anda tidak berada di depan kuda, beliau si kuda itu tak nampak apa yang anda buat. Horses are the most sensitive animal, so better watch out. kalau terasa nak lambai kat cameraman masa duk atas kuda tu kan, sila angkat tangan dengan tenang dan lambai perlahan-lahan ala-ala Kate Middleton lepas kahwin gitu...jangan buat formasi cheerleader pulak kat atas tu, nescaya you will end up makan pasir.
  • Pastikan tangan anda tidak memegang apa-apa sewaktu menunggang, tidak membawa beg sandang, galas, ataupun silang. beg duit dlm poket tak apa. satu lagi, yang selalu orang buat dan yang paling salah ; bawak anak-anak menunggang bersama, ataupun meletakkan dua-tiga orang anak sekaligus. jimat tiket ke hapa bro? yang satu ni memang bahaya tak ingat dunia. kalau buat jugak memang bodoh la wa cakap lu. tak cukup nyawa lu sendiri menjadi taruhan, nak merisikokan nyawa anak lu sekali?
  • kalau terasa nak tunjuk anda ni pencinta haiwan la konon nye kan, nak belai-belai, gosok-gosok kuda tu, pastikan anda gosok atau tepuk dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. jangan sekali-kali gosok bahagian belakang kuda, ataupun di punggung, ataupun pegang ekor kuda tu yang rebonding kalah rambut anda. beliau si kuda sangat tidak boleh tolerate orang yang suka meraba punggung montok beliau okeh.
okey, rasanya dah cukup kot membebel pasal ni. kalau ada yang tertinggal, nanti I update lagi untuk uolls. Maafkan kekasaran bahasa ataupun yang terasa hati dengan pertuturan hamba. niat hamba hanya satu, nak membantu memberi kesedaran kepada orang luar dan menjaga reputasi sukan berkuda yang hamba cintai ini. lepas ni hamba nak bagi guidelines untuk mereka yang nak mendaftar diri di Kelab menunggang pulak. orang lama ada berkata ; siapa makan cili dia terasa pedasnya, hamba makan gula sebab itu hamba manis. eh silap. tak ada kaitan. back to the topic, maknanya takde makne ko nak terasa unless ko buat salah, kan? jom layan beberapa gambar yang terang lagi berspotlight kesalahan nya.

kesalahan : naik berdua

kesalahan : orang yang lead kuda tu berada terlalu jauh, dan tiada pengendali kedua untuk mengawasi penunggang.

kesalahan ; rider - tak pakai helmet & kasut. Pengendali - lalu dekat sangat dengan orang, kuda tu mungkin sepak bila2 masa aje.

kesalahan berulang : no helmet, no shoes
images all sourced from my bestfriend, Mr Google.

Pendek kata, eh tak, Nabil RL kata ; Lu pikirlah sendiri!! Assalamualaikum.
*rojaknya bahasa dlm entry ni. hai entahlah..pembawakan budak kot...

No comments:

Post a Comment