title dwibahasa. pooodah!
sungguh tidak pernah malu saya bagitahu orang saya jatuh. tidak ada apa yang perlu dimalukan. Ianya berpunca dari kecuaian sendiri.
previous entry, ingat lagi tak? pasal melatih kembali ex-race horse kan?
setakat jatuh biasa sangat. walau dah beberapa tulang patah, beberapa retak dan bakal patah pun, semangat saya untuk menunggang tidak pernah pudar. tidak walau sedikit. my passion will never fade off.
kerana saya tahu, bila kita mula menuggang dengan cara yang betul (the proper way), Insya ALLAH, peluang nak jatuh tu dapat dihindari...sekurang-kurangnya kalau jatuh pun, "jatuh bermaruah" (fall with honour la kononya), bukan lah "jatuh bodo" je. kalau yang itu, malu tau nak gebang2.
dan, oleh kerana saya blejar menunggang dulu dengan Insturktor yang diiktiraf, saya memang dapat kesan punca kejatuhan saya sebelum orang lain bagitahu.
dan untuk kes semalam, sewaktu menunggang bekas pelumba pecut tu, saya dah tercapai satu tahap konfiden yang terlampau yang menyebabkan saya memegang 'Rein' (tali kekang) dengan hanya satu tangan, dan memang ini bukan masalah besar, yang menjadi masalah dan punca saya makan pasir semalam adalah kerana saya pada masa itu sedang melalui pagar dan terlalu hampir dengan nya.
kuda saya masih belum begitu disiplin bila tiba hal pagar ni. keinginan untuk balik kekandang begitu kuat dalam dirinya sehinggakan tiada yang pernah berani lalu hampir dengan 'gate' tu sewaktu menunggang nya.
cuma saya. ya saya.
saya yang leka dengan perbualan bersama incik asben, kurang sedar kuda tu dah lain macam excited nya. (kan saya dah kata,konfiden terlampau) sewaktu memberi tahu suami bahawa saya perlukan 2 jam lagi untuk mendera DaQalai'e hari ini, secara kebetulan ada 2 ekor lagi kuda yang ditunggang oleh kanak2 riang melalui depan kami secara bertentangan arah(menuju ke gate, sedangkan saya bergerak menjauhi gate) dalam pergerakan 'Canter' ,
DaQa terus berpusing ke kiri sepantas kilat dan bersedia memecut. sewaktu pusingan dilakukan nya, saya telah kehilangan imbangan badan dan sudah tercabut kaki daripada 'Stirrup', tambahan pula, 'rein' dipegang terlalu longgar dan kedudukan saya senget ke kanan, dengan hanya tak sampai 30% badan saya berada di atas belakang nya. saya tiada tempat berpaut dan akhirnya.......pasir yang memutih menjadi corak di baju dan jodhpur hitam saya.
ini kali kedua saya jatuh dengan DaQalai'e dan kali ke berapa ribu keseluruhan nya......yang penting, selepas saya berjaya dibuangnya, dia berlari sekuat tenaga ke arah stable sehingga menghasilkan percikan api di lantai simen. saya terpaksa mengejar jauh dari belakang untuk mengheretnya semula ke padang dan meneruskan tunggangan.
apa yang saya tahu, kalau kita jatuh, selagi tiada kecederaan serius, kita perlu naik semula ke atas kuda itu secepat mungkin sebelum perasaan takut mengusai diri. itulah yang saya lakukan.
oh DaQalai'e impianku untuk mencapai 40km pertamamu bersama-sama, hujung minggu ini. (18-20 Feb, RTES Endurance Ride I 2011I). mampukah kudratku mengatasi semangat juangmu yang tak pernah kenal erti lelah...walaupun tubuhmu sudah tinggal tulang ku kerjakan hari-hari.....
No comments:
Post a Comment